SISTEM RANGKAIAN

SISTEM RANGKAIAN

Wednesday 29 October 2014

Jenis Topologi


  • Topologi ialah susunan geometrik perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada rangkaian setempat( LAN)
  • Topologi Utama ialah :
  • -Topologi Bintang ( Star Topology)
  • -Topologi Cecincin( Ring Topology)
  • -Topologi Bas( Bus Topology)
  • -Topologi Hybrid( Hybrid Topology)

                                                            Topologi Bintang 

           
  • Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.
  •  Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab.
  • Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan perkakasan lain dalam rangkaian seperti  pencetak dan komputer .



        Topologi Cincin




  • Topologi cincin adalah topologi di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang akan menerima setiap paket data.
  • Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam / lawan arah jam)
  • Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B, C, D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar.

   Topologi Bus


  • Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi yang paling mudah. 
  • la terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang Dackbone), yang menyambungkan semua nod dalam rangkaian ke dalam satu sarisan.


  Topologi Hybrid


·         Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.
·         Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh pengguna di dalam rangkaian.
·         Kebanyakan sumber ditempatkan di pelayan (server).







No comments:

Post a Comment